Satu lagi manusia tengah stalk :) Hye there :) Tagboard Music box
| Erti Sebuah Kehidupan~ Assalamualaikum, alhamdulillah segala puji bagi Allah azza wa jalla, tuhan yang maha agung yang telah memberikan kita sekali lagi peluang untuk teruskan perjuangan mencari keredaannya dan sebagai khalifah untuk memeinpin dunia ini dengan cara yang betul dan tertib. Cuma ingin berkongsikan tentang erti kehidupan ini yang kebanyakan individu yang membenarkan islam di hatinya tidak beberapa mendalami dengan jelas. Maka saya sebagai seorang remaja yang hanya punya sedikit ilmu akan mengadaptasikan pengalaman saya untuk mengupas satu per satu tentang persoalan tentang kehidupan. Mengapakah kita hidup? Sebelum menjawab soalan itu saya ingin berkongsikan tentang maksud 'manusia'. Menurut ABINENO J. Imanusia adalah “tubuh yang berjiwa” dan bukan “jiwa abadi yang berada atau yang terbungkus dalam tubuh yang fana” manakala Pengertian manusia menurut agama islam adalah seperti yang terkandung di dalam Al-Quran, manusia dipanggil dengan beberapa istilah, antara lain al-insaan, al-naas, al-abd, dan bani adam dan sebagainya. Al-insaan bererti suka, senang, jinak, ramah, atau makhluk yang sering lupa. Al-naas bererti manusia (jama’). Al-abd bererti manusia sebagai hamba Allah. Bani adam berarti anak-anak Adam kerana berasal dari keturunan nabi Adam. Maka jelaslah disini kita tahu bahawa manusia itu adalah jasad yang mempunyai roh. Oleh itu, tujuan kita sebagai manusia adalah untuk mengabdikan diri kita kepada Allah azza wa jalla yang telah memberikan kita peluan untuk hidup. Setiap hari yang kita lalui sebenarnya adalah nikmat yang Allah telah beri. Maksud saya disini adalah peluang untuk bertaubat dimana kebanyakan manusia yang telah kembali ke rahmatullah merayu-rayu kepada Allah untuk kembali ke dunia untuk bertaubat dan memperbanyakkan ibadah mereka kepada Allah. Tetapi, manusia yang masih boleh bernafas pada hari ini tidak menyedari tentang peluang keemasan itu dan sungguh amat sangat rugi manusia yang masih tidak menyedarinya.
Maaf jika saya tersalah dalam menyampaikan hujah saya. Saya juga manusia biasa yang sering melakukan kesilapan. Akhir kata, duniaku dakwahku :) Salam tahun baru masihi!
|